Jumat, 15 Juli 2011

Resep Burger Lengkap



Resepi asal dari Ros Jintan Manis

Bahan-bahannya
250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum ( TTM: aku guna tepung wholemeal)
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2  besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar  marjerin atau mentega  (TTM: aku guna minyak masak)
100 ml susu segar
60 ml air suam

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)

Cara-caranya
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.

2) Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.

4) Atur roti yang telah disediakan ke dalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

5) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair. Selamt Mencuba.

- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.


Sambil roti dalam oven tu aku pun start la gentel2  daging kisar buat daging burger.

 Resepi aku try2 sendiri.
hasilnya tak mengecewakan...ecehhhh!!
Korang kalau nak cuba buat,  ikut jer bahan yg ada kat umah.

Resepi daging burger:

2 cawan daging kisar
1 cawan breadcrumbs
1/2 cawan bawang cincang
2 bwg putih dicincang
1/4 cwn daun seleri -cincang
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan halus
1/2 sk paprika
1/2 sk lada sulah
2 sb worchestershire sauce
1 biji telur

Cara:
1. Gaul semua bahan kecuali telur hingga rata
2. Masukkan sedikit demi sedikit telur yg telah dipukul sambil gaul sampai agak2 dah boleh lekat
3. Ambil sedikit kemudian leperkan seperti daging burger.
4. Goreng dalam sedikit minyak.

 Setelah dilumur dengan sos lada hitam..
Cuba bayangkan anda sedang menikmati prosperity burger..
Rasa daging burger disaluti dengan sos lada hitam...
lagi dengan kegebuan roti buatan sendiri dan kerangupan salad segar terbaik dari ladang..
hasil kunyahan demi kunyahan bercampur dengan air liur lalu perlahan2 memasuki ke esofagus..
Takper, aku yang baik hati dah kenyang makan burger ni tetap bagi resepi yg simple utk sos lada hitam tu..

 Resepi sos lada hitam:

Bahan:
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 sb marjerin
1/2 kiub ayam
1/4 cawan susu segar
3/4 cawan air
2 sb sos lada hitam
1 sk lada hitam- tumbuk (tambah lagi kalau kurang pedas)
1sb kicap
1sk tpg jagung- bancuh dg sedikit air

Cara:
1. Panaskan marjerin, tumis bawang hingga layu
2. Masukkan kiub ayam, susu segar, air, sos lada hitam, lada hitam dan kicap.
3. Setelah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung.
4. Kalau kurang rasa, tambahlah garam dan gula. Masak sampai pekat.

0 komentar:

Posting Komentar

Popular Posts

Blogger news